Wednesday, September 21, 2011

AMAZING THINGS AROUND US

The Natural World Close-up

have you ever imagine of the picture of snow? there's plenty of great things around us. sometimes, we just close our eyes to not to see it clearly.  in the end, we find that this life is pointless and gloomy.

MENINGKATKAN

meningkatkan = improving

sudah tua didalam hidup ini, setiap hari sentiasa mencari jalan untuk 'meningkatkan'.


bila mengetahui tentang macam-macam perkara, terasa iri pula untuk 'meningkatkan' sehingga terlebih.


aku pun rasa dengki tengok orang berkereta di jalanraya bila aku berkaki je dijalan raya. kalau tak penat, anda hebat.

peluh-peluh yang tak membantu menguruskan aku. (yes. i am fat)

buat masa ini, aku terlalu dan selalu memikirkan cara meningkatkan pendapatan.  yes.ada buat part time translation, tapi hampeh, payment tak dapat lagi. bengkek hati aku. payment tak dapat2 lagi tapi kerja nak siap cepat.  sapa rasa tak susah buat translation full 30 pages dalam masa seminggu, lu memang gerek sehh.
(bahu aku meronta2)

itu kisah lalu, sekarang datang lagi rezeki. bukan translation, tapi presentation.
tapi di hati ada risau payment tak dapat. aku pasrah. sapa suka ditipu dan sapa yang tak pernah menipu?

pagi tadi, bangun dengan rasa berat di hati. Subuh terlepas lagi. aduh sedihnya rasa. aku tak luahkan kesyukuran kepada yang Maha Pemberi Rezeki. dapat tido tilam best, bilik aircond, mimpi sedap, tapi aku tak bersyukur lagi. aku nak meningkatkan keimanan. Ini perkara yang amat susah. Dugaan kiri kanan. Sapa rasa senang, aku rasa dia bukan manusia.

Monday, February 21, 2011

tale of a heartbroken

mungkin sudah ditakdirkan, saya akan dipertemukan dengan lelaki yang akan membuat jiwa saya merana dan mendapat luka terhebat. namun, tidak pernah saya sangka, hasil dari dugaan itu, saya menjadi seorang yang kental dalam membuat keputusan dan telah mengubah saya menjadi seorang yang lebih matang.
percintaan yang meracuni akal, membebankan jiwa namun terperangkap dalam harapan. hanya Allah Maha Mengetahui setiap rintihan hati ini. pada kala itu ingin sekali saya menoktahkan hubungan yang menyeksakan itu. tetapi saya masih cinta padanya  lalu saya telan saja segala kepahitan. namun akhirnya retak itu terbelah jua. sukarnya diri ini menerima keadaan itu. terasa diri tidak berdaya, malam semakin sepi, hari-hari tidak berwarna ceria. saya seperti berada dalam kesakitan yang memakan tubuh ini. memang sukar untuk digambarkan keadaan diwaktu itu.  saya tidak boleh dibiarkan sendirian kerana saya akan seperti gila. saya menangis seperti tiada hentinya.  jasmani saya lemah, rohani saya meronta. saya buntu dan tidak berdaya melalui semua ini lagi sehinggalah pada suatu hari, saya nekad, saya tidak mahu begini lagi. saya mengubati jiwa dengan ayat-ayat suci Al-Quran, saya dekatkan diri dengan keluarga yang selama ini saya lupa kerana mabuk bercinta. rahmat Allah rupanya sentiasa berada bersama saya. saya amat mensyukurinya. hari-hari terasa semakin membahagiakan.  terasa seperti bahang mentari pagi. terasa seperti kucupan kasih ibu. akhirnya saya berjaya bangun dan berlari mencari kejayaan hidup dunia dan akhirat. saya telah melangkah jauh dan melakar kejayaan.  mungkin bekas kekasih mencemburui keadaan saya kini.  biarlah dia bersama dunianya.  Alhamdulillah, kini saya ditemani lelaki yang mencintai saya seadanya saya dan saya dapat memberikan cinta kepadanya juga. 

Sunday, January 23, 2011

cerita rindu

pernah tak korang rasa rindu sangat-sangat sampai menangis masa tengah iron baju?
pagi tadi aku rasa macam tu la. rindu kat adi sebab dia jauh dari aku.
aku rasa aku rasa lega kalau bila bangun tido pagi-pagi, aku tengok muka dia dulu pastu tau dia ada kat sebelah.
mm...kalo nak macam tu, kene la kawin dulu kan?
huhu...soalan yang sama hari-hari aku tanya sampai aku rasa malas nak tanya dah.
aku terus mintak. aku nak kawin ngn adi cepat-cepat.amin..
sebab aku yakin Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang ciptakan perasaan rindu kasih sayang untuk makhlukNya. dia tahu kemampuan makhlukNya dan tau apa rasa yang aku rasa sekarang ni. aku yakin Dia pun tau aku terseksa berjauhan dengan belahan hati aku dan Dia tau apa yang aku nak. aku tau Dia akan makbulkan apa aku mohon cuma bukan sekarang. bukan masa ini. tapi aku yakin semakin dekat. sebab apa aku cakap macam tu?
hm...sebab sejak aku pilih adi, hati aku rasa bahagia. sikit-sikit aku belajar untuk jadi orang rumah. aku pun mula dekatkan diri dengan Allah s.w.t. mungkin adi bukan jodoh aku, mungkin juga memang dia jodoh aku. aku berserah tapi aku dah start siapkan diri untuk jadi isteri. yela, sebab aku taknak jadi isteri sekadar gelaran. aku belajar isteri ni banyak tanggungjawabnya. kalo nak jadi isteri di syurga, kene berusaha dari sekarang. ibarat pepatah, dont judge a cake by its icing.lebih kurang macam dont judge a book by its cover la..muka lawa tapi perangai huduh..xmola..
maybe ak kene buat solat istikarah. mohon petunjuk dan dimudahkan urusan. kepadaNya aku berserah..

Sunday, January 9, 2011

berterbanganlah burung-burung putih terikat harapanku
serta rinduku
berbunga-bunga menyampaikan pesanan ke hatimu
senjakala yang hening menarik ingatan mengingatimu
membuat aku tersenyum 
mata terus menatap mentari yang semakin kelam
kerana perasaan menusuk jiwa untuk tidak berpaling
seperti kasihku padamu
tidak akan berpaling

Followers