pernah tak korang rasa rindu sangat-sangat sampai menangis masa tengah iron baju?
pagi tadi aku rasa macam tu la. rindu kat adi sebab dia jauh dari aku.
aku rasa aku rasa lega kalau bila bangun tido pagi-pagi, aku tengok muka dia dulu pastu tau dia ada kat sebelah.
mm...kalo nak macam tu, kene la kawin dulu kan?
huhu...soalan yang sama hari-hari aku tanya sampai aku rasa malas nak tanya dah.
aku terus mintak. aku nak kawin ngn adi cepat-cepat.amin..
sebab aku yakin Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang ciptakan perasaan rindu kasih sayang untuk makhlukNya. dia tahu kemampuan makhlukNya dan tau apa rasa yang aku rasa sekarang ni. aku yakin Dia pun tau aku terseksa berjauhan dengan belahan hati aku dan Dia tau apa yang aku nak. aku tau Dia akan makbulkan apa aku mohon cuma bukan sekarang. bukan masa ini. tapi aku yakin semakin dekat. sebab apa aku cakap macam tu?
hm...sebab sejak aku pilih adi, hati aku rasa bahagia. sikit-sikit aku belajar untuk jadi orang rumah. aku pun mula dekatkan diri dengan Allah s.w.t. mungkin adi bukan jodoh aku, mungkin juga memang dia jodoh aku. aku berserah tapi aku dah start siapkan diri untuk jadi isteri. yela, sebab aku taknak jadi isteri sekadar gelaran. aku belajar isteri ni banyak tanggungjawabnya. kalo nak jadi isteri di syurga, kene berusaha dari sekarang. ibarat pepatah, dont judge a cake by its icing.lebih kurang macam dont judge a book by its cover la..muka lawa tapi perangai huduh..xmola..
maybe ak kene buat solat istikarah. mohon petunjuk dan dimudahkan urusan. kepadaNya aku berserah..
Sunday, January 23, 2011
Sunday, January 9, 2011
berterbanganlah burung-burung putih terikat harapanku
serta rinduku
berbunga-bunga menyampaikan pesanan ke hatimu
senjakala yang hening menarik ingatan mengingatimu
membuat aku tersenyum
mata terus menatap mentari yang semakin kelam
kerana perasaan menusuk jiwa untuk tidak berpaling
seperti kasihku padamu
tidak akan berpaling
serta rinduku
berbunga-bunga menyampaikan pesanan ke hatimu
senjakala yang hening menarik ingatan mengingatimu
membuat aku tersenyum
mata terus menatap mentari yang semakin kelam
kerana perasaan menusuk jiwa untuk tidak berpaling
seperti kasihku padamu
tidak akan berpaling
Subscribe to:
Comments (Atom)
