Monday, February 21, 2011

tale of a heartbroken

mungkin sudah ditakdirkan, saya akan dipertemukan dengan lelaki yang akan membuat jiwa saya merana dan mendapat luka terhebat. namun, tidak pernah saya sangka, hasil dari dugaan itu, saya menjadi seorang yang kental dalam membuat keputusan dan telah mengubah saya menjadi seorang yang lebih matang.
percintaan yang meracuni akal, membebankan jiwa namun terperangkap dalam harapan. hanya Allah Maha Mengetahui setiap rintihan hati ini. pada kala itu ingin sekali saya menoktahkan hubungan yang menyeksakan itu. tetapi saya masih cinta padanya  lalu saya telan saja segala kepahitan. namun akhirnya retak itu terbelah jua. sukarnya diri ini menerima keadaan itu. terasa diri tidak berdaya, malam semakin sepi, hari-hari tidak berwarna ceria. saya seperti berada dalam kesakitan yang memakan tubuh ini. memang sukar untuk digambarkan keadaan diwaktu itu.  saya tidak boleh dibiarkan sendirian kerana saya akan seperti gila. saya menangis seperti tiada hentinya.  jasmani saya lemah, rohani saya meronta. saya buntu dan tidak berdaya melalui semua ini lagi sehinggalah pada suatu hari, saya nekad, saya tidak mahu begini lagi. saya mengubati jiwa dengan ayat-ayat suci Al-Quran, saya dekatkan diri dengan keluarga yang selama ini saya lupa kerana mabuk bercinta. rahmat Allah rupanya sentiasa berada bersama saya. saya amat mensyukurinya. hari-hari terasa semakin membahagiakan.  terasa seperti bahang mentari pagi. terasa seperti kucupan kasih ibu. akhirnya saya berjaya bangun dan berlari mencari kejayaan hidup dunia dan akhirat. saya telah melangkah jauh dan melakar kejayaan.  mungkin bekas kekasih mencemburui keadaan saya kini.  biarlah dia bersama dunianya.  Alhamdulillah, kini saya ditemani lelaki yang mencintai saya seadanya saya dan saya dapat memberikan cinta kepadanya juga. 

Followers