Nak jadi hantu, nak jadi buaya, terserahlah. Nak buat masalah? Ikut kamu la. Jika ini masih tidak merubahmu, aku tidak mampu kata apa2.
Masa adalah pencemburu kita, rancanglah sehebat mana pun, jika sudah habis masa, maka habis juga semuanya.
Kamu boleh memilih terus merosakkan dirimu, ianya kekecewaan buatku kerana hanya boleh melihat setiap saat yang kamu sia-siakan dan melihat kamu yang masih buta untuk sedar langkahmu yang semakin membawamu jauh dari Tuhan. Jangan salahkan dunia jika nanti saat kamu sedar, semuanya sudah semakin rumit. Jangan pula salahkan Tuhan kerana Dia telah menolongmu tapi kamu masih degil untuk menolong diri semdiri.
Wednesday, May 6, 2015
Monday, May 4, 2015
Kemaafan itu sukar
Org yg memohon maaf mahukan sebuah kemaafan, tapi yang harus memaafkan pula bagaimana? Kerana sbuah kemaafan itu amatlah sukar.
Lagi2 bagi manusia seperti aku, lemah hatiku, selalu mengenang apa yang kau telah buat keatas aku. Layakkah kamu untuk menjunjung kemaafan aku?
Sehingga kosong, sehingga kosong hatiku kau sakiti, tidak mampu merasa dunia ini tempat yg ada bahagia, tidak mampu merasa nikmat cinta. Mujur masih ada sayang, masih ada sayangku untuk ibubapaku, bakal anakku.
Lagi2 bagi manusia seperti aku, lemah hatiku, selalu mengenang apa yang kau telah buat keatas aku. Layakkah kamu untuk menjunjung kemaafan aku?
Sehingga kosong, sehingga kosong hatiku kau sakiti, tidak mampu merasa dunia ini tempat yg ada bahagia, tidak mampu merasa nikmat cinta. Mujur masih ada sayang, masih ada sayangku untuk ibubapaku, bakal anakku.
Saturday, May 2, 2015
Nanti sampai masanya
Orang menasihati saya untuk bersabar dan memaafkan. Itu juga yang saya sedang lakukan sekarang, tapi ada masa tipu lah jika saya tidak merasa marah diperlakukan begini. Mengenang lelaki yang merosakkan saya dengan mudah lepas tangan dan memilih tidak peduli akan saya, bergembira dengan perempuan lain dan berketawa gembira. Saya pula membawa kandungan ini dalam rahsia, tidak pasti akan nasib diri nanti, menyesali perbuatan diri dan membawa penghinaan yang dia lemparkan kepada saya. Saya masih tidak mampu melupakan bagaimana dia dengan jijik memberitahu yang saya perempuan tidak sedar diri hanya kerana saya mengajak dia bernikah untuk membela nasib kandungan ini. Selama ini saya mengizikan dia tinggal di rumah saya tanpa perlu membayar sesen pun. Segala nya saya tanggung tapi bila masalah terhempuk ke kepala saya, dia hanya duduk membatu di tepi. Allah, sampaikanlah satu masa nanti bila dia tidak dapat duduk aman kerana dosa dia kepada aku. Aku cuba memaafkan, sehingga kini aku masih cuba. Jika kalian ditempatku, semudah itukah kalian dapat memaafkan?
Subscribe to:
Comments (Atom)
