aku telah melalui banyak situasi dimana lagi banyak bercakap, lagi banyak masalah yang timbul. oleh kerana cara berfikir, penerimaan dan sikap manusia yang berbeza-beza, maka penerimaan setiap individu keatas butir bicara juga berbeza. mungkin ada yang tersalah faham, terluka hatinya, maka menimbulkan konflik yang lain walaupun mungkin situasi bual bicara itu pada awalnya hanyalah sekadar cakap-cakap biasa.
wanita, sifatnya lemah lembut, apabila bercakap, mereka meletakkan emosi dalam perbualan, meletakkan empati semasa bicara, namun mudah juga terasa dan terluka dengan perkataan-perkataan itu.
seperti pepatah, lidah itu lebih tajam dari pedang. ada dari kita yang mudah melemparkan kata-kata dalam keadaan emosi tidak stabil. kesannya amatlah mendalam bukan sahaja kepada orang yang mendengar, malahan juga kepada diri sendiri. perbuatan yang hanya untuk memuaskan hati akhirnya mendatangkan kutukan dan hinaan yang akhirnya memalukan.
sebagai manusia, khalifah di muka bumi, dikurniakan akal, amatlah diharapkan setiap kita berhati-hati dan berfikir dengan penuh hikmah dalam menyusun kata-kata kerana apa yang keluar dari mulut kita dan hati (melalui penulisan) menunjukkan sikap peribadi dan pemikiran kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment