Sunday, November 12, 2017

Mencari pelangi

Aku sembunyi semua kesusahan disebalik senyum dan penampilanku..

Sedangkan hati menjerit-jerit mengharap ada tangan yang dengan ikhlas sudi membantu..

Tampak aku tenang, tapi ada mulut lain yang harus ku suap, ada tubuh lain yang harus ku sediakan keperluannya..

Akulah bapa juga disebalik wajah seorang ibu, lelahku bukan sebab urusanku, tapi kerna tangan dan kaki yang dirantai tanggungjawab yang terbeban atasku kerana kelalaian orang lain.

Wajah anak aku renung, aku selam seribu duka, mengapa ada yang selalu dengki bila aku bahagia, bila aku berjaya?

Sedangkan aku juga darah dagingmu yang kau tak aku. Masih terngiang bila aku dilabel anak angkat hanya kerana wajah.

Dan hati aku sudah dicemari dendam, siapa sanggup lihat anak kandung sendiri disisih lebih teruk dari layanan kepada seekor kucing rumah?

Menangis teriakan tetapi dibiarkan, sedang aku bersusah membuat sesuatu untuk kebaikan kamu.

Pandangan hina kamu sudah aku lali, dari seorang yang patut dihormati, bertukar jadi rasa benci.

Dan aku tak salahkan diriku dan aku berhenti memujuk hati, selepas sekian lama, aku sudah sedar, perlunya aku masa diperlukan sahaja.

Bukan untuk berkongsi keseronokan, berkongsi bahagia, berkongsi ruang yang sama.

Sungguh aku ingin pergi jauh membawa darah dagingku ini, tak aku rasa kami boleh bahagia dengan kamu disini.

Dan aku selalu bertanya Allah, jika aku sudah dilukai sedari kecil, lalu aku memutuskan silaturrahim, tak salahkan?

Wednesday, July 19, 2017

Mencanai Impian

Sedang aku menjalani kehidupan bersama anak, ya, ianya tidak mewah seperti dulu.

Dalam aku berusaha membaiki taraf hidup, aku benci akan tangan2 yang sibuk ingin mengawal masa depanku.

Aku hanya harapkan doa dan sokongan, aku ingin mencorak hidup aku sendiri. Aku tidak mahu hidup di rumah kecil dengan kerja bergaji cukup makan, sebab aku tau aku boleh tinggal di rumah besar, pakaian elok2 dan tidak berlapar.

Bukan aku tidak bersyukur, aku cuma ingin usaha sebab aku mampu. Aku taknak kehidupan macam kamu2 masa awal usia dulu. Cukup2 aja, jika ada kecemasan, menadah wajah tebal dihadapan darah daging mengharap bantuan wang.

Aku benci hidup terhimpit tersepit, sekadar cukup2 aja. Lepas tu bila aku ada keinginan, harus aku tahankan seperti kamu buat kepada aku masa aku kecil dulu.

Oh tidak, kamu boleh berkata2, pilihan tetap milik aku.

Followers