Sunday, November 12, 2017

Mencari pelangi

Aku sembunyi semua kesusahan disebalik senyum dan penampilanku..

Sedangkan hati menjerit-jerit mengharap ada tangan yang dengan ikhlas sudi membantu..

Tampak aku tenang, tapi ada mulut lain yang harus ku suap, ada tubuh lain yang harus ku sediakan keperluannya..

Akulah bapa juga disebalik wajah seorang ibu, lelahku bukan sebab urusanku, tapi kerna tangan dan kaki yang dirantai tanggungjawab yang terbeban atasku kerana kelalaian orang lain.

Wajah anak aku renung, aku selam seribu duka, mengapa ada yang selalu dengki bila aku bahagia, bila aku berjaya?

Sedangkan aku juga darah dagingmu yang kau tak aku. Masih terngiang bila aku dilabel anak angkat hanya kerana wajah.

Dan hati aku sudah dicemari dendam, siapa sanggup lihat anak kandung sendiri disisih lebih teruk dari layanan kepada seekor kucing rumah?

Menangis teriakan tetapi dibiarkan, sedang aku bersusah membuat sesuatu untuk kebaikan kamu.

Pandangan hina kamu sudah aku lali, dari seorang yang patut dihormati, bertukar jadi rasa benci.

Dan aku tak salahkan diriku dan aku berhenti memujuk hati, selepas sekian lama, aku sudah sedar, perlunya aku masa diperlukan sahaja.

Bukan untuk berkongsi keseronokan, berkongsi bahagia, berkongsi ruang yang sama.

Sungguh aku ingin pergi jauh membawa darah dagingku ini, tak aku rasa kami boleh bahagia dengan kamu disini.

Dan aku selalu bertanya Allah, jika aku sudah dilukai sedari kecil, lalu aku memutuskan silaturrahim, tak salahkan?

No comments:

Post a Comment

Followers