Sunday, November 12, 2017

Mencari pelangi

Aku sembunyi semua kesusahan disebalik senyum dan penampilanku..

Sedangkan hati menjerit-jerit mengharap ada tangan yang dengan ikhlas sudi membantu..

Tampak aku tenang, tapi ada mulut lain yang harus ku suap, ada tubuh lain yang harus ku sediakan keperluannya..

Akulah bapa juga disebalik wajah seorang ibu, lelahku bukan sebab urusanku, tapi kerna tangan dan kaki yang dirantai tanggungjawab yang terbeban atasku kerana kelalaian orang lain.

Wajah anak aku renung, aku selam seribu duka, mengapa ada yang selalu dengki bila aku bahagia, bila aku berjaya?

Sedangkan aku juga darah dagingmu yang kau tak aku. Masih terngiang bila aku dilabel anak angkat hanya kerana wajah.

Dan hati aku sudah dicemari dendam, siapa sanggup lihat anak kandung sendiri disisih lebih teruk dari layanan kepada seekor kucing rumah?

Menangis teriakan tetapi dibiarkan, sedang aku bersusah membuat sesuatu untuk kebaikan kamu.

Pandangan hina kamu sudah aku lali, dari seorang yang patut dihormati, bertukar jadi rasa benci.

Dan aku tak salahkan diriku dan aku berhenti memujuk hati, selepas sekian lama, aku sudah sedar, perlunya aku masa diperlukan sahaja.

Bukan untuk berkongsi keseronokan, berkongsi bahagia, berkongsi ruang yang sama.

Sungguh aku ingin pergi jauh membawa darah dagingku ini, tak aku rasa kami boleh bahagia dengan kamu disini.

Dan aku selalu bertanya Allah, jika aku sudah dilukai sedari kecil, lalu aku memutuskan silaturrahim, tak salahkan?

Wednesday, July 19, 2017

Mencanai Impian

Sedang aku menjalani kehidupan bersama anak, ya, ianya tidak mewah seperti dulu.

Dalam aku berusaha membaiki taraf hidup, aku benci akan tangan2 yang sibuk ingin mengawal masa depanku.

Aku hanya harapkan doa dan sokongan, aku ingin mencorak hidup aku sendiri. Aku tidak mahu hidup di rumah kecil dengan kerja bergaji cukup makan, sebab aku tau aku boleh tinggal di rumah besar, pakaian elok2 dan tidak berlapar.

Bukan aku tidak bersyukur, aku cuma ingin usaha sebab aku mampu. Aku taknak kehidupan macam kamu2 masa awal usia dulu. Cukup2 aja, jika ada kecemasan, menadah wajah tebal dihadapan darah daging mengharap bantuan wang.

Aku benci hidup terhimpit tersepit, sekadar cukup2 aja. Lepas tu bila aku ada keinginan, harus aku tahankan seperti kamu buat kepada aku masa aku kecil dulu.

Oh tidak, kamu boleh berkata2, pilihan tetap milik aku.

Wednesday, May 6, 2015

Tak kisahlah nak jadi apa

Nak jadi hantu, nak jadi buaya, terserahlah. Nak buat masalah? Ikut kamu la. Jika ini masih tidak merubahmu, aku tidak mampu kata apa2.

Masa adalah pencemburu kita, rancanglah sehebat mana pun, jika sudah habis masa, maka habis juga semuanya.

Kamu boleh memilih terus merosakkan dirimu, ianya kekecewaan buatku kerana hanya boleh melihat setiap saat yang kamu sia-siakan dan melihat kamu yang masih buta untuk sedar langkahmu yang semakin membawamu jauh dari Tuhan.  Jangan salahkan dunia jika nanti saat kamu sedar, semuanya sudah semakin rumit. Jangan pula salahkan Tuhan kerana Dia telah menolongmu tapi kamu masih degil untuk menolong diri semdiri.

Monday, May 4, 2015

Kemaafan itu sukar

Org yg memohon maaf mahukan sebuah kemaafan, tapi yang harus memaafkan pula bagaimana? Kerana sbuah kemaafan itu amatlah sukar.

Lagi2 bagi manusia seperti aku, lemah hatiku, selalu mengenang apa yang kau telah buat keatas aku. Layakkah kamu untuk menjunjung kemaafan aku?

Sehingga kosong, sehingga kosong hatiku kau sakiti, tidak mampu merasa dunia ini tempat yg ada bahagia, tidak mampu merasa nikmat cinta. Mujur masih ada sayang, masih ada sayangku untuk ibubapaku, bakal anakku.


Saturday, May 2, 2015

Nanti sampai masanya

Orang menasihati saya untuk bersabar dan memaafkan. Itu juga yang saya sedang lakukan sekarang, tapi ada masa tipu lah jika saya tidak merasa marah diperlakukan begini. Mengenang lelaki yang merosakkan saya dengan mudah lepas tangan dan memilih tidak peduli akan saya, bergembira dengan perempuan lain dan berketawa gembira. Saya pula membawa kandungan ini dalam rahsia, tidak pasti akan nasib diri nanti, menyesali perbuatan diri dan membawa penghinaan yang dia lemparkan kepada saya. Saya masih tidak mampu melupakan bagaimana dia dengan jijik memberitahu yang saya perempuan tidak sedar diri hanya kerana saya mengajak dia bernikah untuk membela nasib kandungan ini. Selama ini saya mengizikan dia tinggal di rumah saya tanpa perlu membayar sesen pun. Segala nya saya tanggung tapi bila masalah terhempuk ke kepala saya, dia hanya duduk membatu di tepi. Allah, sampaikanlah satu masa nanti bila dia tidak dapat duduk aman kerana dosa dia kepada aku. Aku cuba memaafkan, sehingga kini aku masih cuba. Jika kalian ditempatku, semudah itukah kalian dapat memaafkan?

Thursday, April 30, 2015

al-insyirah

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.  Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. - surah al-insyirah ayat 5 dan 6.

Allah ulang dua kali ayat ni dalam surah al-insyirah, nak mengingatkan kita yang kalau susah tu, kena bersabar sebab setiap kesulitan yang dia hantar tu, dia hantar sama-sama dengan kemudahan.

saya sebak sangat sebab keadaan saya yang sedang sangat-sangat kesulitan sekarang ini.  saya terus bersabar dan meneruskan hidup kerana saya percaya dengan janji Allah.

biarlah ini kali terakhir saya meletakkan diri saya paling bawah sebegini.

Wednesday, April 29, 2015

siapa sebenarnya kamu

sebenarnya, hanya kami yang pernah tinggal dengan kamu dan mengandungkan anak kamu sahaja yang benar-benar kenal siapa kamu.

dan kami berdua tidak dilayan seadilnya oleh kamu sehingga kami berdua merasa sangat terseksa.
dan kerana penderitaan ini, perasaan sayang kami yang terlalu tinggi kepada kamu telah bertukar menjadi rasa pahit yang tidak dapat diungkap.  kami cuma mahu kamu jauh dari kehidupan kami.

cuma ada masa kami terkenang waktu kami bersama kamu, kerana ianya adalah pengalaman hidup, mana mampu tidak membawa makna apa-apa.  mungkin selepas ini apabila saya bersama orang lain, apa yang saya lalui akan mengenangkan saya kepada kamu, tetapi saya berharap sangat biarlah ianya lebih baik dari saat bersama kamu.

yang kami pasti, bersama kamu menjadikan kami lebih kuat, lebih berani dan lebih cekal mengharungi hidup ini.

yang kami kenal, kamu boleh menjadi sangat menyenangkan hati tetapi kamu juga boleh menghancurkan hati kami dengan lidahmu.  sedangkan kamu sedar yang kami amat menyayangi kamu dan menerima kata-kata sebegitu dari orang yang kami sayang amatlah menyakitkan.

kami sering berasa tidak adil diperlakukan sebegini tetapi kami dipaksa olehmu untuk memahami keadaanmu.  mengapa kamu tidak mahu cuba memahami keadaan kami? kami wanita yang sedang berbadan dua tetapi tidak dilayan selayaknya. kamu tidak mahu memikul tanggungjawab dan membiarkan kami berharap untuk kamu menghalalkan hubungan ini, sehingga akhirnya semuanya sudah terlambat.

kamu sering dengan alasan-alasanmu untuk mengelakkan permintaan kami, sedangkan kami sedang dalam ketakutan dan kerisauan tentang masa depan. akhirnya zuriat kamu keluar dari yang pertama.  aku pula tidak kuat, kandungan ini mati.

aku faham kamu sesal tentang perbuatanmu pada yang pertama, kamu berusaha untuk kembali kepadanya dan anak kamu.  aku juga berharap kamu akan sesal tentang perbuatanmu kepadaku kerana penderitaanku tidak jauh beza dengan yang pertama.  aku juga rasa berhak untuk mendapat bahagianku.

aku cuba memaafkan tetapi sakit ini sudah pasti lama baru sembuh.  walaupun aku akan meneruskan hidupku, pedihnya akan terus menghantuiku.

aku tidak pernah lupa hinaan yang kau beri kepadaku sehingga aku merasa seperti wanita paling kotor di muka bumi ini.

Followers