Wednesday, April 29, 2015

siapa sebenarnya kamu

sebenarnya, hanya kami yang pernah tinggal dengan kamu dan mengandungkan anak kamu sahaja yang benar-benar kenal siapa kamu.

dan kami berdua tidak dilayan seadilnya oleh kamu sehingga kami berdua merasa sangat terseksa.
dan kerana penderitaan ini, perasaan sayang kami yang terlalu tinggi kepada kamu telah bertukar menjadi rasa pahit yang tidak dapat diungkap.  kami cuma mahu kamu jauh dari kehidupan kami.

cuma ada masa kami terkenang waktu kami bersama kamu, kerana ianya adalah pengalaman hidup, mana mampu tidak membawa makna apa-apa.  mungkin selepas ini apabila saya bersama orang lain, apa yang saya lalui akan mengenangkan saya kepada kamu, tetapi saya berharap sangat biarlah ianya lebih baik dari saat bersama kamu.

yang kami pasti, bersama kamu menjadikan kami lebih kuat, lebih berani dan lebih cekal mengharungi hidup ini.

yang kami kenal, kamu boleh menjadi sangat menyenangkan hati tetapi kamu juga boleh menghancurkan hati kami dengan lidahmu.  sedangkan kamu sedar yang kami amat menyayangi kamu dan menerima kata-kata sebegitu dari orang yang kami sayang amatlah menyakitkan.

kami sering berasa tidak adil diperlakukan sebegini tetapi kami dipaksa olehmu untuk memahami keadaanmu.  mengapa kamu tidak mahu cuba memahami keadaan kami? kami wanita yang sedang berbadan dua tetapi tidak dilayan selayaknya. kamu tidak mahu memikul tanggungjawab dan membiarkan kami berharap untuk kamu menghalalkan hubungan ini, sehingga akhirnya semuanya sudah terlambat.

kamu sering dengan alasan-alasanmu untuk mengelakkan permintaan kami, sedangkan kami sedang dalam ketakutan dan kerisauan tentang masa depan. akhirnya zuriat kamu keluar dari yang pertama.  aku pula tidak kuat, kandungan ini mati.

aku faham kamu sesal tentang perbuatanmu pada yang pertama, kamu berusaha untuk kembali kepadanya dan anak kamu.  aku juga berharap kamu akan sesal tentang perbuatanmu kepadaku kerana penderitaanku tidak jauh beza dengan yang pertama.  aku juga rasa berhak untuk mendapat bahagianku.

aku cuba memaafkan tetapi sakit ini sudah pasti lama baru sembuh.  walaupun aku akan meneruskan hidupku, pedihnya akan terus menghantuiku.

aku tidak pernah lupa hinaan yang kau beri kepadaku sehingga aku merasa seperti wanita paling kotor di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment

Followers