Dia akan pergi dari hidup saya tidak lama lagi, kerana saya sayangkan dia, saya harus biarkan dia pergi. Banyak yang kami lalui bersama, sakit pening, nangis ketawa serta pergaduhan. Saya terima semua itu sebagai perasa kehidupan bersama dia.
Dia banyak merubah kehidupan saya, membuat saya merasai sebuah kehidupan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Namun, hubungan yang bertepuk sebelah tangan ibarat perjalanan menuruni bukit. lama kelamaan, hilanglah keasyikannya dan lalu semua perlu kembali menjadi seperti sediakala.
memang dia lagi banyak menyakiti saya dari membahagiakan saya, dia lagi asyik dengan dunianya sehingga saya rasa kesunyian sedangkan rumah itu hanya saya dan dia. Tetapi di saat ini, saya sudah terlalu mengenalinya sehingga saya sudah faham bagaimana dia.
saya rasa dia sedar yang saya akan merana bila dia sudah pergi nanti. sejak pergaduhan paling besar itu, saya sudah tidak mampu bertentang mata dengannya, tersenyum padanya mahupun membalas pertanyaannya tanpa rasa beban yang mendalam di hati. jiwa saya seakan mati dan saya tidak peduli diri saya ini. saya hanya perlu kuat.
hanya Tuhan yang tahu betapa saya sayangkan dia, pada waktu ini, saya hanya rasa ingin terus menantinya kerana saya sudah minta dengan Tuhan supaya jadikan dia lelaki terakhir untuk saya. tetapi itu semua rahsiaNya, saya hanya boleh berdoa.
walau setinggi mana marah saya kepadanya sehingga datang rasa benci, hati saya akan lembut semula bila dia mula ambil berat kepada diri saya. saya tak pernah lupa bagaimana dia menjaga saya ketika saya sakit, tetapi saya tidak boleh jadikan itu kelemahan saya untuk menghalang dia dari pergi. dia perlu pergi kerana dia tidak mahu saya. saya harus biar dia pergi kerana saya sayangkan dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment