Thursday, April 30, 2015

al-insyirah

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.  Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. - surah al-insyirah ayat 5 dan 6.

Allah ulang dua kali ayat ni dalam surah al-insyirah, nak mengingatkan kita yang kalau susah tu, kena bersabar sebab setiap kesulitan yang dia hantar tu, dia hantar sama-sama dengan kemudahan.

saya sebak sangat sebab keadaan saya yang sedang sangat-sangat kesulitan sekarang ini.  saya terus bersabar dan meneruskan hidup kerana saya percaya dengan janji Allah.

biarlah ini kali terakhir saya meletakkan diri saya paling bawah sebegini.

Wednesday, April 29, 2015

siapa sebenarnya kamu

sebenarnya, hanya kami yang pernah tinggal dengan kamu dan mengandungkan anak kamu sahaja yang benar-benar kenal siapa kamu.

dan kami berdua tidak dilayan seadilnya oleh kamu sehingga kami berdua merasa sangat terseksa.
dan kerana penderitaan ini, perasaan sayang kami yang terlalu tinggi kepada kamu telah bertukar menjadi rasa pahit yang tidak dapat diungkap.  kami cuma mahu kamu jauh dari kehidupan kami.

cuma ada masa kami terkenang waktu kami bersama kamu, kerana ianya adalah pengalaman hidup, mana mampu tidak membawa makna apa-apa.  mungkin selepas ini apabila saya bersama orang lain, apa yang saya lalui akan mengenangkan saya kepada kamu, tetapi saya berharap sangat biarlah ianya lebih baik dari saat bersama kamu.

yang kami pasti, bersama kamu menjadikan kami lebih kuat, lebih berani dan lebih cekal mengharungi hidup ini.

yang kami kenal, kamu boleh menjadi sangat menyenangkan hati tetapi kamu juga boleh menghancurkan hati kami dengan lidahmu.  sedangkan kamu sedar yang kami amat menyayangi kamu dan menerima kata-kata sebegitu dari orang yang kami sayang amatlah menyakitkan.

kami sering berasa tidak adil diperlakukan sebegini tetapi kami dipaksa olehmu untuk memahami keadaanmu.  mengapa kamu tidak mahu cuba memahami keadaan kami? kami wanita yang sedang berbadan dua tetapi tidak dilayan selayaknya. kamu tidak mahu memikul tanggungjawab dan membiarkan kami berharap untuk kamu menghalalkan hubungan ini, sehingga akhirnya semuanya sudah terlambat.

kamu sering dengan alasan-alasanmu untuk mengelakkan permintaan kami, sedangkan kami sedang dalam ketakutan dan kerisauan tentang masa depan. akhirnya zuriat kamu keluar dari yang pertama.  aku pula tidak kuat, kandungan ini mati.

aku faham kamu sesal tentang perbuatanmu pada yang pertama, kamu berusaha untuk kembali kepadanya dan anak kamu.  aku juga berharap kamu akan sesal tentang perbuatanmu kepadaku kerana penderitaanku tidak jauh beza dengan yang pertama.  aku juga rasa berhak untuk mendapat bahagianku.

aku cuba memaafkan tetapi sakit ini sudah pasti lama baru sembuh.  walaupun aku akan meneruskan hidupku, pedihnya akan terus menghantuiku.

aku tidak pernah lupa hinaan yang kau beri kepadaku sehingga aku merasa seperti wanita paling kotor di muka bumi ini.

When will this all gone

Seriously, now I'm too tired of feeling sad, too tired of crying and too tired of feeling down.
There's just too much shit happened that I cannot contain myself anymore but the only way to handle this is by moving on.

I just lost my job, lost my baby, lost the love of my life, I don't have money and I only have one week to find a new job to survive the next month.  The guy that I have been supporting all this while has been doing better but didn't offer help that much. He's into his world now, spending money on gadgets but didn't bother to pay my money.  But I not angry with that.  The thing is, I can see that he is trying hard to improve, to build up his life.  I'm more that happy with that.  Hope he'll succeed in his mission.

Sometimes I hate the feeling of him with another girl but the truth is, I should just let it go.  Yes, there's a lot of moments of us together but I know for sure, I won't cherish them that much.

I just want to start fresh, build up my new life and get over him as soon as possible.
Find the right guy for me and start to love myself more.

I hate how my life is like hell now, being at home feels so awkward.  Me and him don't talk to each other that much because of his 'disappointment' towards my action.  I hate to think of that disappointment when actually I'm the one who should be at rage towards him.

But the damage was done.  And I should learn my lesson of life.  If you love someone, don't overdo it until the time is right. Don't hope on impossible things and always love yourself first then only you let yourself love others.

Life is full of shit. If there's a moment that make you feel bitter, keep calm and press delete.

Tuesday, April 28, 2015

Sebab kamu terlalu penting..

Apabila saya pulang dan kamu tiada, saya terus menangis. Saya tak sanggup keseorangan.
Saya tau saya perlu kuat untuk menghadapi masa bila kamu tiada nanti. Cuma sekarang saya di saat kejatuhan. Saya perlukan awak sampai saya pulih.
Kemudian, kamu pergilah

Monday, April 27, 2015

Sekali Lagi

Dia akan pergi dari hidup saya tidak lama lagi, kerana saya sayangkan dia, saya harus biarkan dia pergi. Banyak yang kami lalui bersama, sakit pening, nangis ketawa serta pergaduhan.  Saya terima semua itu sebagai perasa kehidupan bersama dia.

Dia banyak merubah kehidupan saya, membuat saya merasai sebuah kehidupan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini.  Namun, hubungan yang bertepuk sebelah tangan ibarat perjalanan menuruni bukit.  lama kelamaan, hilanglah keasyikannya dan lalu semua perlu kembali menjadi seperti sediakala.

memang dia lagi banyak menyakiti saya dari membahagiakan saya, dia lagi asyik dengan dunianya sehingga saya rasa kesunyian sedangkan rumah itu hanya saya dan dia.  Tetapi di saat ini, saya sudah terlalu mengenalinya sehingga saya sudah faham bagaimana dia.

saya rasa dia sedar yang saya akan merana bila dia sudah pergi nanti.  sejak pergaduhan paling besar itu, saya sudah tidak mampu bertentang mata dengannya, tersenyum padanya mahupun membalas pertanyaannya tanpa rasa beban yang mendalam di hati. jiwa saya seakan mati dan saya tidak peduli diri saya ini. saya hanya perlu kuat.

hanya Tuhan yang tahu betapa saya sayangkan dia, pada waktu ini, saya hanya rasa ingin terus menantinya kerana saya sudah minta dengan Tuhan supaya jadikan dia lelaki terakhir untuk saya.  tetapi itu semua rahsiaNya, saya hanya boleh berdoa.

walau setinggi mana marah saya kepadanya sehingga datang rasa benci, hati saya akan lembut semula bila dia mula ambil berat kepada diri saya. saya tak pernah lupa bagaimana dia menjaga saya ketika saya sakit, tetapi saya tidak boleh jadikan itu kelemahan saya untuk menghalang dia dari pergi.  dia perlu pergi kerana dia tidak mahu saya. saya harus biar dia pergi kerana saya sayangkan dia.

Followers